KAJIAN TINDAKAN

Satu usaha bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama pengetua, guru dan pelajar dalam membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

Konsep kajian tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi yang bernama Kurt Lewin (1946) dan mengutarakan dua idea kajian tindakan yang penting iaitu keputusan kumpulan dan komitmen kepada peningkatan kerja.

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

• Menyegerakan perubahan di dalam bilik darjah
• Menggalakkan refleksi dan pembelajaran di dalam bilik darjah
• Mewujudkan komuniti pembelajaran yang professional
• Membawa perubahan dan kemajuan melaliu refleksi kendiri dan usaha sendiri
• Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan


MODEL KAJIAN TINDAKAN



Model Kemmis & McTaggart, 1998

Bagi kitaran 1, guru akan bermula dengan membuat refleksi ke atas sesuatu masalah yang ingin dikaji. Kemudian, perancangan ke atas isu tersebut akan dijalankan. Kemudian, guru tersebut akan melaksanakan perancangannya dan membuat pemerhatian ke atas perlaksanaan tersebut dan seterusnya membuat refleksi sama ada objektif kajian tercapai atau tidak. Sekiranya tidak, kitaran 2 akan dijalankan. Seperti kitaran pertama guru akan bermula dengan membuat perubahan dalam perancangannya, selepas itu rancangan tersebut dilaksanakan dan pemerhatian dilakukan dan diakhiri dengan refleksi.



Model Emily Calhoun, 1994

Model ini memerlukan guru bermula dengan memilih atau mengenalpasti masalah yang ingin dikaji. Seterusnya melibatkan proses pengumpulan data yang berkaitan dengan masalah yang dikaji, kemudian memproses data dan menganalisis serta mentafsir data yang diperolehi. Seterusnya proses membuat perancangan iaitu mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil dan melaksanakannya.



Model Earnest Stringer, 1996

Model ini menerangkan tentang satu usaha yang berterusan bermula dengan pemerhatian terhadap sesuatu isu atau masalah, Kemudian, ia melibatkan proses pemikiran dimana guru perlu memikirkan dan merancang tentang bagaimana isu atau masalah tersebut dapat diselesaikan. Selepas itu, guru perlu melaksanakan perancangannya dan memantau proses perlaksanaan tersebut dan proses-proses akan sentiasa berlaku secara berterusan.



Model McKernan, 1996

Model ini menerangkan tentang proses masa dimana ia menyatakan masalah kajian tidak perlu terlalu terikat dengan masa.

0 comments:

Post a Comment