Pembentangan 1:

Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Media Elektronok (Klip Video).

Pembentang: Siti Sarah Binti Udzir & Nur Aznida Binti Talib
Bilik : Perdana B, Hotel Palm Garden


Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar media elektronik (klip video. Objektif kajian pula adalah untuk menggalakkan penggunaan BBM elektronik dalam proses P&P, menyediakan proses P&P yang lebih menarik dan berkesan serta menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.

Persoalan kajian ini ialah adakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar? dan adakah penggunaan klip video menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas?

Metodologi kajian ini adalah kaedah kolaboratif. kajian ini dilaksanakn di Sekolah Alam Shah, Putrajaya. Sampel pula seramai 21 orang dari tingkatan 4 dan 17 orang dari tingkatan 1. Terdapat 4 peringkat iaitu reflek, rancang, bertindak & memantau. Manakala pengumpulan data pula melalui penilaian kendiri, soal selidik, pemerhatian, temubual dan kuiz.

Dapatan Kajian menunjukkan dari aspek penilaian kendiri, penggunaan video dalam set induksi menyoronokkan pelajar dan mungkin dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Melalui soal selidik pula, sebanyak 94% pelajar menyatakan guru sebelum ini hanya menggunakan BBM media elektronik dalam P&P 1-3 kali sebulan dan hanya menggunakan aplikasi powerpoint sahaja. Manakala bagi penerhatian, pelajar seronok, tidak mengantuk *& menumpukan perhatian. Bagi temubual pula, pelajar lebih seronok kaedah ini kerana sebelum ini guru hanya menggunakan kaedah 'chalk & talk' yang membosankan dan yang terakhir aspek kuiz, dalam subjek pendidikan Islam belaku peningkatan sebanyak 100% manakala dalam subjek biologi berlaku peningkatan sebanyak 75%.

Cadangan penambahbaikan kajian ini ialah tayangan video perlu diberhentikan seketika pada bahagian penting untuk guru memberi penerangan lanjut atau untuk menilai pemahaman pelajar dengan bertanya soalan dan meminta pendapat mereka serta, memastikan video yang digunakan mempunyai gambar dan suara yang jelas dan jika di dalam bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan mudah difahami dengan sebutan yang jelas dan tidak terlalu cepat serta menyediakan tugasan sebelum menayangkan video.

Pembentangan 2:

Meningkatkan Minat Murid-Murid dalam Aktiviti Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah Peta Minda.

Pembentang: Mohd Latiffi Bin Latin & Ong Chee Kiong
Pengerusi : Nor Aini
Bilik : Perdana B, Hotel Palm Garden

Kajian dilakukan ke atas 36 orang pelajar tingkatan 1 dan 35 orang pelajar dari tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Seremban, Negeri Sembilan. objektif kajian bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar & kefahaman pelajar dalam menjawab soalan.

Metodologi kajian menggunakan model Kemmis & McTaggart dimana kajiann tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan dan ada 4 peringkat iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati. Terdapat 4 aktiviti perlaksanaan kajian iaitu ujian pra, membuat peta minda, ujian pos dan borang kaji selidik.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi subjek biologi, 23 orang pelajar menjawab semua 9 soalan dengan betul dan bagi subjek pencapaian pendidikan Islam, pencapaian pelajar menjawab dengan betul meningkat.

Cadangan penambahbaikan bagi pembentangan ini ialah pelajar perlu pendedahan cara membuat peta minda yang lebih berkesan dan ujian pos perlu dilakukan 2 minggu selepas perlaksanaan peta minda untuk melihat perbezaan jawapan atau markah pelajar.

0 comments:

Post a Comment