TindakanMengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru pelatih
  1. Untuk mendapatkan gambaran awal tentang dunia sebenar pendidikan di sekolah.
  2. Untuk menambahkan ilmu tentang dunia pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui.
  3. Untuk memahami pendekatan kajian tindakan yang dijalankan secara natural (kualitatif) dan bukan berasaskan kepada ekperimen yang melibatkan penyelidikan kuantitatif.
  4. Untuk melihat, memahami dan mengaplikasikan kajian tindakan secara asas.


Guru Novis (guru baru)

  1. Untuk menkaji dan mendapatkan cara terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembejaran yang mereka gunakan.
  2. Untuk melihat kaedah yang terbaik bagi meningkatkan pemahaman pelajar kepada topik atau matapelajaran yang diajar.
  3. Untuk menyedarkan guru tentang di mana tahap sebenar keberkesanan kaedah pengajaran mereka.
  4. Untuk menarik minat pelajar dalam jangka masa panjang terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  5. Dapat menyelesaikan masalah sendiri.


Guru Berpengalaman

  1. Menyelesai masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
  2. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin yang sama.
  3. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dengan guru-guru novis.
  4. Guru mempunyai lebih kepuasan bekerja dalam usaha menyumbang ke arah pengetahuan baru yang lebih maju mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  5. Proses pengembangan ilmu dan hasil dapatan kajian boleh di dokumentasikan bagi rujukan guru-guru lain.


Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.

Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Tajuk Mini Kajian Tindakan : Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Tajuk ini menjadi pilihan kerana :

1. Untuk meningkatan kefahaman dan minat pelajar untuk belajar subjek Kemahiran Hidup

2. Pelajar akan cepat mengingati mengenai subjek yang diajar apabila menggunakan teknik latihan yang pelbagai.

3. Menjana proses mengingat jangka panjang apabila topic sentiasa diulang dalam bentuk penyoalan.

4. Penggunaan Power Point dapat menjimatkan masa pengajaran.

0 comments:

Post a Comment