Maksud kajian tindakan.

Kajian tindakan adalah berasaskan komuniti dimana komuniti ini adalah bilik darjah, tahap-tahap dalam darjah, sekolah, atau seluruh sistem persekolahan.

Secara spesifik, kajian tindakan adalah juga satu bentuk kajian gunaan yang bertindak mengkaji aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam sesuatu situasi tertentu.

Guru dan pihak lain seperti masyarakat dapat bekerjasama dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk membuat kajian yang sistematik dalam memperbaiki sesuatu keadaan dan menyelesaikan masalah.

Kajian tindakan juga memerlukan pengkaji menjadi seorang yang proaktif dan reaktif iaitu proaktif terhadap masalah yang akan berlaku dan reaktif terhadap masalah yang sedang berlaku.

Satu usaha yang dilakukan oleh guru yang bertujuan untuk menyesuaikan dan membentuk semula bidang pengajaran sosial dan kerja perguruan.

0 comments:

Post a Comment