Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Media Elektronok (Klip Video).
Pembentang: Siti Sarah Binti Udzir & Nur Aznida Binti Talib
Bilik : Perdana B, Hotel Palm Garden
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar media elektronik (klip video. Objektif kajian pula adalah untuk menggalakkan penggunaan BBM elektronik dalam proses P&P, menyediakan proses P&P yang lebih menarik dan berkesan serta menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.
Persoalan kajian ini ialah adakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar? dan adakah penggunaan klip video menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas?
Metodologi kajian ini adalah kaedah kolaboratif. kajian ini dilaksanakn di Sekolah Alam Shah, Putrajaya. Sampel pula seramai 21 orang dari tingkatan 4 dan 17 orang dari tingkatan 1. Terdapat 4 peringkat iaitu reflek, rancang, bertindak & memantau. Manakala pengumpulan data pula melalui penilaian kendiri, soal selidik, pemerhatian, temubual dan kuiz.
Dapatan Kajian menunjukkan dari aspek penilaian kendiri, penggunaan video dalam set induksi menyoronokkan pelajar dan mungkin dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Melalui soal selidik pula, sebanyak 94% pelajar menyatakan guru sebelum ini hanya menggunakan BBM media elektronik dalam P&P 1-3 kali sebulan dan hanya menggunakan aplikasi powerpoint sahaja. Manakala bagi penerhatian, pelajar seronok, tidak mengantuk *& menumpukan perhatian. Bagi temubual pula, pelajar lebih seronok kaedah ini kerana sebelum ini guru hanya menggunakan kaedah 'chalk & talk' yang membosankan dan yang terakhir aspek kuiz, dalam subjek pendidikan Islam belaku peningkatan sebanyak 100% manakala dalam subjek biologi berlaku peningkatan sebanyak 75%.
Cadangan penambahbaikan kajian ini ialah tayangan video perlu diberhentikan seketika pada bahagian penting untuk guru memberi penerangan lanjut atau untuk menilai pemahaman pelajar dengan bertanya soalan dan meminta pendapat mereka serta, memastikan video yang digunakan mempunyai gambar dan suara yang jelas dan jika di dalam bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan mudah difahami dengan sebutan yang jelas dan tidak terlalu cepat serta menyediakan tugasan sebelum menayangkan video.
Artikel 1: Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confidence, Knowledge and Beliefs about Technology.
Masalah Kajian
Mengkaji sama ada penglibatan guru pelatih sains dalam menilai projek pembelajaran kolaboratif multimedia telah mempengaruhi kepercayaan mereka tentang integrasi teknologi, meningkatkan pengetahuan mereka tentang pedagogi teknologi dan/atau meningkatkan keyakinan mereka dalam menggunakan teknologi.
Sampel Kajian
10 orang pelatih guru (5 lelaki, 5 perempuan)
Setting Kajian
Di dalam bilik darjah
Prosedur Kajian
Kajian ini dilakukan secara kolaboratif dengan dengan dibantu oleh seorang professor biologi, seorang tenaga pengajar dan seorang guru biologi sekolah tinggi.
Kajian ini melibatkan 2 tahun.
Pemerhatian:
Pelatih perlu menyertai seminar sekali seminggu dimana mereka membaca tentang simulasi multimedia, menimba pengalaman dengan perisian dan mengumpul data sekolah menengah.
Berfikir:
Pelatih perlu memahami bagaimana mengekod data, menemuduga pelajar dan penggunaan web conference.
Bertindak:
Kemudian mereka perlu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman mereka melalui projek multimedia yang dilakukan oleh pelajar sekolah tinggi.
Pengumpulan data Penganalisian data
Berdasarkan membandingkan pre/post test serta refleksi mereka terhadap penglibatan dalam projek. Berdasarkan hasil pemerhatian, temuduga pelajar sekolah tinggi dan perlaksanaannya dalam projek multimedia.
Artikel 2 : An Experimental Approach to Integrating Mathematics and Literacy Methods Courses in Teacher in Teacher Eduction
Masalah Kajian
1) Untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan guru pelatih.
2) Untuk meningkatkan komitmen pelajar sebagai persediaan awal melalui pengalaman mengajar dan memastikan pelajar dapat mengaplikasikan pengalaman mereka ke dalam dunia sebenar.
3) Untuk mengurangkan tekanan pelajar kerana perlu mengambil dua kursus yang berbeza.
Sampel Kajian
§ Melibatkan 22 orang pelajar dari setiap sesi dan membuat kerja lapangan dalam satu kumpulan kecil dalam sekolah yang sama.
Setting Kajian
Di dalam kelas dan luar kelas
Metodologi Kajian
1.Melibatkan sekumpulan instruktor yang terdiri daripada penyelia, guru dan koordinator.
2.Untuk 3 semester yang pertama, pelajar perlu menggunakan 2 hari setiap minggu untuk mengajar dalam kelas.
3.Untuk semester akhir pelajar perlu mengajar dalam kelas untuk setiap hari secara berturut-turut.
4.Pengkaji sentiasa bersama dengan pelajar-pelajarnya
5.Pengkaji menggunakan kaedah pengajaran back-to-back untuk dua kelas selama 5 jam seminggu.
6.Untuk 3 minggu seterusnya, tenaga pengajar mengajar secara bergilir-gilir, seorang akan datang lambat dan seorang lagi akan keluar awal. Jadi akan berlaku pertindihan semasa pertukaran tersebut.
7.Pelajar diminta untuk membina persoalan berdasarkan pemikiran mereka (pembelajaran berasaskan persoalan) yang bertujuan untuk mengintegrasikan kemahiran, strategi dan ilmu pengetahuan.
8.Pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diterima
9.Pengkaji ingin mendedahkan pelajar kepada kaedah statisti dan pengukuran serta untuk membiasakan pelajar dengan bentuk-bentuk puisi dan perbendaharan.
Sesi Pertama
1.Penulisan bebas tentang hidup sihat
2.Pengkaji fokus kepada pemikiran pelajar.
3.Mengenalpasti topik atau isu-isu dan ciptakan satu hubungan antara isu dan topik tersebut
4.Pelajar akan merujuk kepada buku, majalah dan artikel serta memilih isu yang diminati
Sesi Kedua
1.Pelajar akan dibahagikan ke dalam kumpulan perbincangan untuk menentukan soalan yang ingin dikaji, pencarian data, pengumpulan data, kaedah untuk mengintegrasikan literasi dengan matematik dan cara bagaimana hasil dapatan mereka akan dibentangkan di dalam kelas.
2.Pelajar perlu mencatatkan idea di atas kertas carta serta mencatat respon dan cadangan yang diterima dari rakan-rakan.
Sesi Ketiga
Selepas 3 minggu, pelajar dikehendaki menggunakan cara yang sama untuk diaplikasikan kepada topik lain seperti menentukan jarak larian, skipping, dan lompatan. Mereka juga perlu aplikasikannya dalam penentuan resepi dan masakan, mencipta puisi berkenaan dengan tekanan, rehat, serta mempelajari vokabulari baru, strategi pembacaan, mengumpul data dan membina set teks berkaitan dengan pembinaan soalan.
Sesi Keempat
Penilaian pembentangan kumpulan akan dibuat menggunakan rubrik.
Pengumpulan dan Analisis Data
1.Respon bertulis dari pelajar ketika awal kajian, semasa kajian dan akhir kajian.
2.Respon berkaitan dengan:
3.Perhatian awal yang dilihat dan faedah tugasan
4.Masalah yang tidak dijangka dan faedah semasa tugasan
5.Perhatian dan faedah yang sebenar (refleksi semula)
6.Masalah yang mungkin akan berlaku dan faedahnya mengintegrasikan pengajaran pada masa akan datang (refleksi akan datang)
7.Refleksi dinyatakan mengikut perhatian/faedah, dijangka/tidak dijangka dan jangkaan masa hadapan.
8.Refleksi dari pandangan mentor juga diambil
Pelajar di nilai berdasarkan:
1) Topik atau tema yang dibentuk
2) idea penting atau utama yang dikenaplasti
3) penilaian awal yang sesuai untuk melihat tahap pengetahuan dan pemahaman tentang topik
4) pengalaman dan aktiviti yang diterima mengikut keperluan, kemampuan dan pengetahuan tentang topik
5) pengalaman dan aktiviti yang logik yang menghubungkan matematik dengan literasi
6) pengalaman dan aktiviti yang berkaitan denga fokus pembelajaran yang berkaitan dengan idea utama
7) pengalaman dan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam proses inkuiri dan pembinaan pengetahuan sosial
8) aktiviti akhir dimana pelajar dinilai dan berkongsi pengalaman mereka
9) penilaian akhir untuk menilai pembelajaran pelajar dan menentukan langkah seterusnya.
Pengkaji akan membuat penyeliaan setiap minggu untuk melihat sejauh mana kejayaan pelajar mengaplikasikan pembelajaran mereka.
Artikel 3 : Direct Instruction with Playful Skill Extension: Action Research in Emergent Lyteracy Development.
Masalah Kajian
Pelajar lemah dalam sebutan huruf dan penulisan
Sampel kajian
Pelajar tadika - 13 orang pelajar tipikal dan 2 orang pelajar khas
Setting Kajian
Dalam bilikdarjah
Prosedur Kajian
Terdapat 5 fasa:
1) Mengenalpasti Masalah
Adakan direct instruction dapat meningkatkan tatabahasa dan ejaan yang betul dalam pemulisan pelajar
2) Mengumpul Data
Dinilai dari segi kemahiran mengenalpasti abjad, membunyikan huruf, sight word dan perkembangan penulisan. Setiap huruf akan ditunjukkan dan pelajar perlu mengenaplasti dan menyebutnya. Untuk sight word, 15 perkataan ditunjukkan mengguna flash card dan kredit akan diberikan jika pelajar dapat mengenalpastinya paling kurang dalam masa 2 saat. jika pelajar tidak mahir juga, senarai perkataan Dolch digunakan. Sampel penulisan dinilai berdasarkan FIve Stage of Writing Development (Gentry, 1982) untuk mengenalpasati tahap khusus penulisan setiap pelajar.
3) Interpretasi Data
Pre-test
4) Perlaksanaan Perancangan
Ada 3 kumpulan A,B dan C yang diajar 3 kali seminggu selama 15 - 20 minit antara Januari hingga Mac. Selain direct instruction dan aktiviti, hands-on aktiviti dijalankan untuk meningkatkan motivasi pelajar. Ada 5 aktiviti iaitu latihan letter-sound, segmentasi phonologikal dan menggabungkan, latihan tambahan letter-sound, membunyikan dan membaca perkataan dengan laju. Contoh, (KVK) seorang pelajar diminta mengambil permainan yang berbentuk binatang seperti cat. pelajar perlu membunyikan huruf c dan letakkan huruf c di papan hitam. Guru akan memberi kata perangsang seperti Bagus!!.
5) Analisis Dapatan
A - pelajar yang dah pandai akan cepat berasa bosan dengan aktiviti ini seperti menyebut perkataan kerana mereka telah mahir menyebut dan membaca melainkan mereka diberi melakukan sesuatu yang baru seperti membaca buku baru. (pelajar pandai)
B - sama seperti kumpulan A. (pelajar sederhana)
C - mereka menunjukkan perkembangan dan peningkatan kebolehan yang baik. (pelajar lemah)
Kaedah ini hanya berkesan untuk kumpulanC.
Persamaan & Perbezaan
Artikel 1: Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confidence, Knowledge and Beliefs about Technology.
Prosedur Kajian
Memerhati, Berfikir dan Bertindak
Pengumpulan Data
Ujian pre/post
Setting Kajian
Dalam kelas
Artikel 2 : An Experimental Approach to Integrating Mathematics and Literacy Methods Courses in Teacher in Teacher Eduction
Prosedur Kajian
Persoalan/mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisis data, bertindak dan aplikasi, refleksi
Pengumpulan Data
Pemerhatian
Setting Kajian
Dalam kelas
Artikel 3 : Direct Instruction with Playful Skill Extension: Action Research in Emergent Lyteracy Development.
Prosedur Kajian
Mengenalpasti masalah, mengumpul data, interpretasi data, perlaksanaan perancangan dan analisis dapatan.
Pengumpulan Data
Pemerhatian dan ujian
Setting Kajian
Dalam kelas
PENULIS : Donald Freeman
Kajian Tindakan
Terdapat 6 elemen di dalam model ini iaitu pertanyaan, soalan / teka-teki, pengumpulan data, analisis data, memahami dan membentangkan. Lingkaran bulatan membawa maksud berlakunya satu proses yang berlaku secara berulang-ulang. Kajian boleh bermula di mana-mana point (antara 1-6), walau bagaimanapun untuk point 1-5, ia merupakan maklumat rahsia bagi seorang pengkaji kerana hanya dapatan kajian sahaja yang boleh dibentangkan.
(1) Pertanyaan (inquiry)
Mengkaji kenapa sesuatu itu berlaku @ tidak berlaku dengan lebih mendalam berkenaan dengan pelajar, guru, P&P dan sebagainya.
(2) Soalan / Teka-teki
Merupakan satu cara untuk mewujudkan satu pertanyaan tentang kajian dan berkaitan dengan elemen (1). Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian atau bentuk kajian kerana pengkaji yang mereka soalan tersebut. Manakala teka-teki pula (puzzle), ia adalah sesuatu isu yang tidak ada kepastian atau sesuatu isu yang masih belum ada penyelesaiannya lagi.
(3) Pengumpulan Data
Satu proses mengumpul maklumat secara sistematik dan mesti berkaitan dengan elemen (2).
Apakah bentuk data yang respon kepada soalan?
Data merupakan gabungan antara maklumat + di mana maklumat diperolehi.
Sebagai contoh: Kerja sekolah tersebut sangat susah.
Maklumat adalah sangat susah dan sumber maklumat adalah mungkin dari pelajar, guru, aktiviti, isi kandungan dan setting. Pelajar dan guru adalah sumber maklumat dalaman (pendapat, perasaan, kepercayaan dll), manakala aktiviti, isi kandungan dan setting pula adalah maklumat luaran.
Bagaimana untuk mengumpul data?
Data adalah maklumat dari sumber dan cara untuk mengumpul data terdapat dalam pelbagai cara.
· Guru
Data - pengalaman, pendapat, persepsi, percaya
Cara – jurnal, laporan
· Pelajar
Data - pengalaman, pendapat, persepsi, percaya
Cara – jurnal, kaji selidik, temuduga, perbincangan, respon
Data – tindakan, percakapan, interaksi sosial, hasil kerja
Cara – rakaman audio dan video, nota, buku log, dokumen
· Setting
Data – imej visual kelas, diagram, fakta, sejarah
Cara – nota, rakaman video, dokumen
Dari siapa data dikumpul? (Sampel Kajian)
Peserta dipilih dalam satu kumpulan yang besar (5 kelas 150 orang) dan kemudian buat satu kumpulan kecil (30 orang) yang dipilih secara rawak supaya adil dan dijadikan sampel kajian. Data yang sedikit tetapi berkualiti lebih baik dari data yang banyak tetapi tidak berkualiti yang penting mestilah tepat.
Di mana data dikumpul? (Setting Kajian)
Di dalam atau di luar kelas.
Bila dan berapa lama data dikumpul?
Data dikumpul bergantung kepada keadaan pengkaji maksudnya semasa kelapangan pengkaji supaya pengkaji tidak terganggu dengan aktiviti-aktiviti lain. Berapa lama dikumpul pula bergantung kepada disiplin pengkaji dimana pengkaji perlu merancang tempoh masa yang ditetapkan untuk mengumpul data dan pastikan rancangan tersebut dilaksanakan ikut jadual.
Apa yang perlu dibuat dengan data?
Selepas data dikumpul, pengkaji perlu melihat dan menilai secara rawak (first-cut analysis) sebagai persediaan untuk proses seterusnya iaitu analisis data dan sebagai persediaan untuk memastikan sama ada data yang diperolehi mencukupi atau tidak.
(4) Analisis Data
Merupakan satu proses untuk melihat hubungan antara data dengan elemen (2). Melalui pengumpulan data, pengkaji dapat melihat makna data secara kasar dan mungkin boleh membuat perancangan alternatif lain atau andaian lain. Terdapat 4 aktiviti iaitu bermula dengan kata kunci (konsep), mengelaskan, mencari hubungan dan mempamerkan tetapi penyusunannya bergantung kepada bentuk kajian/soalan. Terdapat 2 pendekatan iaitu analisis data asas dan analisis data utama. Analisis data asas bermula dengan kata kunci (konsep), mengelaskan, mencari hubungan dan mempamerkan. Manakala analisis data utama bermula dengan mengelaskan, mempamerkan, kata kunci (konsep) dan mencari hubungan serta mempamerkan semula.
(5) Memahami
Merupakan satu proses untuk membuat interpretasi, pandangan, perspektif bekenaan dengan elemen (2) dan dapat disimpulkan melalui proses kajian. Dalam proses ini pengkaji dapat memahami apa yang dipelajari dan bagaimana mempelajarinya serta pengkaji dapat mengenalpasti sama ada perlunya kajian lain dilakukan.
(6) Membentangkan
Pengakaji menyampaikan dan memberitahu hasil kajiannya kepada orang lain melalui perbincangan, pembentangan, media atau buku. Kebaikannya adalah dapat meningkatkan kemahiran menulis pengkaji, berkongsi maklumat dengan orang ramai tentang hasil kajian yang dijalankan, mencipta satu ilmu yang baru, mempengaruhi polisi pendidikan dan memperbaiki P&P.
Pengarang : Richard A. SchmuckPenerbit : A SAGE Publications Company, Thousand Oaks, California,2006
Kajian tindakan merupakan suatu aktiviti profesional yang berterusan dan berkitar dimana ia perlu diintegrasikan dalam kebiasaan seseorang. Kajian tindakan adalah sesuatu yang praktikal kerana data yang dikumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut. Kajian tindakan bertindak seperti seorang detektif untuk menemui petunjuk tentang kesan kerja seseorang.



