Cadangan Untuk Mengatasi Kelemahan Pengajaran
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Cadangan Individu
  1. Pihak sekolah perlu menghantar atau menganjurkan kursus-kursus asas computer untuk guru-guru sekolah.
  2. Guru perlu menyediakan BBM yang lain untuk membatu dalam proses P&P.
Cadangan Kumpulan
  1. Pihak sekolah dan pihak yang berkenaan perlu memastikan yang setiap sekolah perlulah menyediakan prasarana yang lengkap seperti bilik computer untuk kegunaan guru.
  2. Guru perlu kreatif dalam menghasilkan power point yang menarik dan boleh menarik minat pelajar.
Cadangan dari Kumpulan Lain
  1. Pelajar perlu menjawab soalan secara bertulis diatas kertas.
  2. Guru perlu mempunyai kemahiran computer dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai computer.

Kelemahan Pengajaran
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Pengalaman / Refleksi Individu
  1. Guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan computer dan power point.
  2. Ketiadaan elektrik akan menyebabkan proses P&P akan terganggu.
Pengalaman / Refleksi Kumpulan
  1. Tidak semua sekolah mempunyai kemudahan computer yang lengkap untuk kegunaan guru dalam aktiviti P&P.
  2. Pengolahan power point yang kurang menarik yang boleh menimbulkan rasa bosan dikalangan pelajar.
Pengalaman dari Pasukan Lain
  1. Penggunaan power point akan menyebabkan pelajar malas untuk menulis.
  2. Gangguan masalah teknikal seperti ancaman virus, sistem operasi computer yang tidak menyokong power point seperti video.

Kekuatan Pengajaran
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Pengalaman / Reaksi Individu
  1. Kaedah penyoalan menggunakan power point akan menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.
  2. Teknik penyoalan secara power point adalah merupakan satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos pentadbiran.
  3. Selaras dengan perkembangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.
Pengalaman / Reaksi Kumpulan
  1. Teknik penyoalan adalah merupakan kaedah yang terbaik dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam kemahiran hidup. Selain itu, dengan menggunakan teknik ini, pelajar akan memberikan tumpuan yang penuh kepada isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
  2. Selalunya, di sekolah kini guru akan menggunakan kaedah penyoalan secara lisan atau berbentuk kertas ujian atau lembaran kerja. Oleh itu, penggunaan perisian power point akan membawa keluar rasa kebosanan pelajar dengan kaedah tradisonal yang sering digunakan oleh guru dengan menggantikannya dengn penggunakan power point.

Pengalaman Kumpulan Lain

  1. Penggunaan power point ini akan meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih jelas.
  2. Dapat meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik penyoalan yang pelbagai kerana penggunaan animasi, video dalam penyoalan.

TindakanMengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru pelatih
  1. Untuk mendapatkan gambaran awal tentang dunia sebenar pendidikan di sekolah.
  2. Untuk menambahkan ilmu tentang dunia pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui.
  3. Untuk memahami pendekatan kajian tindakan yang dijalankan secara natural (kualitatif) dan bukan berasaskan kepada ekperimen yang melibatkan penyelidikan kuantitatif.
  4. Untuk melihat, memahami dan mengaplikasikan kajian tindakan secara asas.


Guru Novis (guru baru)

  1. Untuk menkaji dan mendapatkan cara terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembejaran yang mereka gunakan.
  2. Untuk melihat kaedah yang terbaik bagi meningkatkan pemahaman pelajar kepada topik atau matapelajaran yang diajar.
  3. Untuk menyedarkan guru tentang di mana tahap sebenar keberkesanan kaedah pengajaran mereka.
  4. Untuk menarik minat pelajar dalam jangka masa panjang terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  5. Dapat menyelesaikan masalah sendiri.


Guru Berpengalaman

  1. Menyelesai masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
  2. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin yang sama.
  3. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dengan guru-guru novis.
  4. Guru mempunyai lebih kepuasan bekerja dalam usaha menyumbang ke arah pengetahuan baru yang lebih maju mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  5. Proses pengembangan ilmu dan hasil dapatan kajian boleh di dokumentasikan bagi rujukan guru-guru lain.


Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.

Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Tajuk Mini Kajian Tindakan : Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Tajuk ini menjadi pilihan kerana :

1. Untuk meningkatan kefahaman dan minat pelajar untuk belajar subjek Kemahiran Hidup

2. Pelajar akan cepat mengingati mengenai subjek yang diajar apabila menggunakan teknik latihan yang pelbagai.

3. Menjana proses mengingat jangka panjang apabila topic sentiasa diulang dalam bentuk penyoalan.

4. Penggunaan Power Point dapat menjimatkan masa pengajaran.

Tajuk Mini Kajian Tindakan :
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.



PERBANDINGAN ABSTRAK

An Experimental Approach to Integrating Mathematics and Literacy Methods Courses in Teacher in Teacher Eduction
by
Donna J.Grace dan Anthony Picard

Hasil pengintegrasian menunjukkan pemahaman serta kepuasan yang mendalam pada diri pelajar. guru pelatih digalakkan untuk mengintegrasikan subjek yang diajar oleh mereka. Walau bagaimanapun terdapat sesetengah tenaga pengajar tidak menunjukkan cara pengintegrasian kepada pelatih menyebabkan mereka tiada pengalaman tersebut sedangkan pengalaman adalah sesuatu yang penting dalam profesion mereka. Kajian ini ingin membincangkan tentang tujuan, proses dan dapatan kajian berkenaan dengan pendekatan pengalaman dalam mengintegrasikan kaedah matematik dengan literasi. Refleksi dari pelajar menunjukkan peningkatan dalam keyakinan diri untuk mengajar.

Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confidence, Knowledge and Beliefs about Technology
by
Dan Hoffman

Terdapat banyak kajian-kajian yang dilakukan bagi menyokong pengintegrasian subjek di sekolah. Pengintegrasian ini membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam dan meningkatkan kepuasan mereka. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah guru jarang menggunakan kaedah demonstrasi dalam pengintegrasian subjek-subjek mereka. Hasilnya menunjukkan guru pelatih yang memasuki profesion perguruan kurang dari segi pengalaman. Kajian ini membincangkan tentang tujuan, proses dan dapatan berkenaan dengan pendekatan eksperimen di dalam kaedah pengintegrasian matematik dan literasi.

Direct Instruction With Playful Skills Extansions: Action Research in Emergent Literacy Development
by
Jay M. Keaton, Barbara C.Palmer, Karen R. Nicholas dan Vickie E. Lake

Kaedah arahan secara langsung dikatakan dapat meningkatkan perkembangan literasi pelajar. Strategi pembelajaran membolehkan pelajar membina pengetahuan melalui penglibatan aktif dapat meningkatkan motivasi mereka untuk membaca dan menulis. Kajian ini khusus untuk melihat keberkesanan arahan secara langsung dengan permainan tambahan dalam meningkatkan literasi pelajar dalam kelas tadika. Pendekatan yang digunakan ialah Peer Assisted Learning Strategies (PALS) dimana guru merupaka pemberi arahan langsung dan permainan tambahan digunakan sebagai mengekalkan minat dan memberi motivasi kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang pada mulanya prestasinya rendah dalam huruf-bunyi dan menulis telah menunjukkan perubahan dalam mengenalpasti huruf-bunyi dan mengaplikasikan pengetahuan huruf-bunyi untuk mengeja.