Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Matlamat Kajian :

Meningkatkan Pemahaman Pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Objektif Kajian :

1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup melalui peratusan markah mengikut ujian yang diberikan oleh guru.
2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup menggunakan kaedah power point.

Persoalan Kajian :

1. Adakah teknik atau kaedah penyoalan akan mempengaruhi pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?
2. Bagaimanakah kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?

Cadangan Untuk Mengatasi Kelemahan Pengajaran
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Cadangan Individu
  1. Pihak sekolah perlu menghantar atau menganjurkan kursus-kursus asas computer untuk guru-guru sekolah.
  2. Guru perlu menyediakan BBM yang lain untuk membatu dalam proses P&P.
Cadangan Kumpulan
  1. Pihak sekolah dan pihak yang berkenaan perlu memastikan yang setiap sekolah perlulah menyediakan prasarana yang lengkap seperti bilik computer untuk kegunaan guru.
  2. Guru perlu kreatif dalam menghasilkan power point yang menarik dan boleh menarik minat pelajar.
Cadangan dari Kumpulan Lain
  1. Pelajar perlu menjawab soalan secara bertulis diatas kertas.
  2. Guru perlu mempunyai kemahiran computer dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai computer.

Kelemahan Pengajaran
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Pengalaman / Refleksi Individu
  1. Guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan computer dan power point.
  2. Ketiadaan elektrik akan menyebabkan proses P&P akan terganggu.
Pengalaman / Refleksi Kumpulan
  1. Tidak semua sekolah mempunyai kemudahan computer yang lengkap untuk kegunaan guru dalam aktiviti P&P.
  2. Pengolahan power point yang kurang menarik yang boleh menimbulkan rasa bosan dikalangan pelajar.
Pengalaman dari Pasukan Lain
  1. Penggunaan power point akan menyebabkan pelajar malas untuk menulis.
  2. Gangguan masalah teknikal seperti ancaman virus, sistem operasi computer yang tidak menyokong power point seperti video.

Kekuatan Pengajaran
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Pengalaman / Reaksi Individu
  1. Kaedah penyoalan menggunakan power point akan menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.
  2. Teknik penyoalan secara power point adalah merupakan satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos pentadbiran.
  3. Selaras dengan perkembangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.
Pengalaman / Reaksi Kumpulan
  1. Teknik penyoalan adalah merupakan kaedah yang terbaik dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam kemahiran hidup. Selain itu, dengan menggunakan teknik ini, pelajar akan memberikan tumpuan yang penuh kepada isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
  2. Selalunya, di sekolah kini guru akan menggunakan kaedah penyoalan secara lisan atau berbentuk kertas ujian atau lembaran kerja. Oleh itu, penggunaan perisian power point akan membawa keluar rasa kebosanan pelajar dengan kaedah tradisonal yang sering digunakan oleh guru dengan menggantikannya dengn penggunakan power point.

Pengalaman Kumpulan Lain

  1. Penggunaan power point ini akan meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih jelas.
  2. Dapat meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik penyoalan yang pelbagai kerana penggunaan animasi, video dalam penyoalan.

TindakanMengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru pelatih
  1. Untuk mendapatkan gambaran awal tentang dunia sebenar pendidikan di sekolah.
  2. Untuk menambahkan ilmu tentang dunia pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui.
  3. Untuk memahami pendekatan kajian tindakan yang dijalankan secara natural (kualitatif) dan bukan berasaskan kepada ekperimen yang melibatkan penyelidikan kuantitatif.
  4. Untuk melihat, memahami dan mengaplikasikan kajian tindakan secara asas.


Guru Novis (guru baru)

  1. Untuk menkaji dan mendapatkan cara terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembejaran yang mereka gunakan.
  2. Untuk melihat kaedah yang terbaik bagi meningkatkan pemahaman pelajar kepada topik atau matapelajaran yang diajar.
  3. Untuk menyedarkan guru tentang di mana tahap sebenar keberkesanan kaedah pengajaran mereka.
  4. Untuk menarik minat pelajar dalam jangka masa panjang terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  5. Dapat menyelesaikan masalah sendiri.


Guru Berpengalaman

  1. Menyelesai masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
  2. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin yang sama.
  3. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dengan guru-guru novis.
  4. Guru mempunyai lebih kepuasan bekerja dalam usaha menyumbang ke arah pengetahuan baru yang lebih maju mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  5. Proses pengembangan ilmu dan hasil dapatan kajian boleh di dokumentasikan bagi rujukan guru-guru lain.


Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.

Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Tajuk Mini Kajian Tindakan : Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Tajuk ini menjadi pilihan kerana :

1. Untuk meningkatan kefahaman dan minat pelajar untuk belajar subjek Kemahiran Hidup

2. Pelajar akan cepat mengingati mengenai subjek yang diajar apabila menggunakan teknik latihan yang pelbagai.

3. Menjana proses mengingat jangka panjang apabila topic sentiasa diulang dalam bentuk penyoalan.

4. Penggunaan Power Point dapat menjimatkan masa pengajaran.

Tajuk Mini Kajian Tindakan :
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.