BUKU : Doing Teacher Research : From Inquiry to Understand
PENULIS : Donald Freeman



Berdasarkan model kajian tindakan tersebut, di dalam proses mengenalpasti masalah terdiri dari 2 elemen iaitu pengkajian dan persoalan/teka-teki.

(1) Pengkajian (inquiry)

Mengkaji kenapa sesuatu itu berlaku @ tidak berlaku dengan lebih mendalam berkenaan dengan pelajar, guru, P&P dan sebagainya. Pengkaji akan mengkaji sebab musabab sesuatu perkara yang ingin dikaji.

(2) Persoalan / Teka-teki

Merupakan satu cara untuk mewujudkan satu pertanyaan tentang kajian dan berkaitan dengan elemen (1). Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian atau bentuk kajian kerana pengkaji yang mereka soalan tersebut. Manakala teka-teki pula (puzzle), ia adalah sesuatu isu yang tidak ada kepastian atau sesuatu isu yang masih belum ada penyelesaiannya lagi.

0 comments:

Post a Comment