Tajuk Mini Kajian Tindakan :
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.
Matlamat Kajian :
Meningkatkan Pemahaman Pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Objektif Kajian :
1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup melalui peratusan markah mengikut ujian yang diberikan oleh guru.
2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup menggunakan kaedah power point.
Persoalan Kajian :
1. Adakah teknik atau kaedah penyoalan akan mempengaruhi pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?
2. Bagaimanakah kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?
Perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi and komunikasi telah menyumbang secara langsung kepada proses pembelajaran and pengajaran. Pemanfaatan teknologi boleh ditafsir melalui kaca mata teori kognitif pembelajaran menggunakan multimedia (Mayer, 2001)dan teori pembelajaran fleksibil (Spiro et al., 1992).
Penmanfaatan teknologi untuk tujuan pendidikan telah menjadi menyumbang kepada kemunculan beberapa istilah yang mengambarkan sejauh mana teknologi tersebut telahdigunakan. Sebagai contoh istilah-istilah seperti Instuksi Berbantukan komputer (CAI), Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL), Latihan Berbantukan Komputer (CBT), dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL). Istilah CALL telah dirumuskhusus untuk merangkumi bidang pemanfaatan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikanbahasa atau lebih khusus pembelajaran dan pengajaran.
Kerangka Teori Pengajaran Berbantukan KomputerTerdapat beberapa teori yang boleh diguna pakai untuk tujuan menjadikan pengajaran berbantukan komputer lebih emprikal dan disandarkan kepada bukti-bukti yang diasaskanoleh pengalaman dan kajian-kajian yang mendalam dalam bidang tersebut. Dua teori diutarakan untuk menjelaskan proses pengajaran iaitu; teori pembelajaran multimedia (Mayer, 2001), dan teori pembelajaran fleksible (Spiro et al., 1992).
Berdasarkan kepada teori tersebut maka terbinalah teori pembelajaran multimedia yang mempunyai asas-asas seperti berikut:
• Prinsip multimedia, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan seiringan berbanding dengan persembahan dengan hanyamenggunakan perkataan sahaja.
• Prinsip imbangan spatial, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan berdekatan antara satu sama lain berbanding denganpersembahan yang menjarakkan jauh antara kedua-dua elemen tersebut
• Prinsip imbangan masa, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dangambar dipersembahkan serentak berbanding dengan persembahan yang mendahulukan salah satu antara keduanya secara berasingan
• Prinsip perkaitan, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika unsur-unsur sepertiperkataan, gambar, dan suara yang tiada kaitan dengan tajuk persembahan dikeluarkan berbanding dengan kemasukan unsur-unsur tersebut dalampersembahan.
• Prinsip modaliti, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi dan cerita dalam bentukteks tertera
• Prinsip ulangan, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasidan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi, cerita suara dan ceritadalam bentuk teks tertera
• Prinsip perbezaan individu, iaitu pembelajaran melalui multimedia adalah lebihefektif atas pelajar yang berkebolehan spatial tinggi berbandingan pelajar yang berkebolehan spatial rendah, juga lebih efektif atas pelajar yang berpengetahuan rendah berbanding pelajar yang berpengetahuan tinggi.